Restoran Belauk????..
SEBUT saja nama Restoran Belauk, pasti anda sendiri sudah dapat mengagak atau membayangkan apakah sajian istimewa yang diketengahkan. Tidak lain, tidak bukan, tentulah hidangan masakan - masakan Kelantan. Jadi, bagi yang tercari-cari sajian masakan kerutuk itik/serati, usah segan, luangkan masa seketika berkunjung ke restoran yang terletak di Seksyen 7,Bandar Baru Bangi, Selangor itu bagi memenuhi selera.
Restoran yang baru saja satu tahun beroperasi itu menyajikan pelbagai lauk-pauk sedap dan menarik dengan menggunakan pelbagai keenakan sajian dalam masakan termasuklah ayam kampung, itik/serati,kari gear box,sup belut.
Puan Zarina berkata dengan mengguna dan mempopularkan slogan, 'Belauk..' pelanggan dijamin akan mendapat kepuasan apabila memilih restoran berkenaan untuk menjamu selera kerana selain menawarkan aneka lauk pauk, menu pagi nya yang famous ialah nasi belauk, ikan tongkol masak kunyit & harganya juga amat berpatutan. Ini ditambah lagi dengan suasana selesa di dalam restoran itu dan ruang makan yang luas menyebabkan pelanggan tiada masalah untuk datang ke situ.
Katanya, apa yang dilihat hidangan itik/serati mempunyai ramai peminat daripada pelbagai bilangan bangsa walaupun harganya agak mahal sedikit berbanding ayam daging, pelanggan bagaikan tidak kisah untuk berbelanja lebih sedikit, asalkan selera mereka dapat dipenuhi..maklumlah, masakan kelantan..
Kata Puan Zarina "Saya tidak mahu ada persamaan dengan restoran lain saya cuba membawa suatu kelainan. Caranya, dengan memperkenalkan menu ringkas dan biasa dimakan di rumah, tetapi yang pasti, masakan itu mestilah sedap supaya apabila pelanggan mencuba mereka akan datang lagi sekali atau sekurang-kurangnya tidak lupa bahawa restoran ini ada menyajikan hidangan enak yang mesti dinikmati," katanya.
Antara menu istimewa yang ditawarkan ialah kerutup ayam kampung,itik/serati yang dimasak secara masakan ala Tradisional. Selain itu, ada juga kari gear box (gulai kawah) yang turut mengecurkan air liur dan juga ayam goreng kampung berempah, tidak dinafikan enak dimakan ketika masih panas bersama nasi putih.
Lauk pauk lain ialah Ayam/ikan percik, ayam/ikan bakar, gulai ayam kampung, kerutuk itik/serati, puyuh goreng berempah dan ikan bakar. Bagi melengkapkan lagi selera makan, ada juga aneka jenis ulam kampung yang boleh dimakan bersama sambal belacan, budu atau pun sambal tempoyak.
Pelanggan yang datang ke restoran itu mempunyai pilihan untuk menjamu selera iaitu sama ada secara layan diri ataupun dihidang. Lazimnya, mereka yang datang secara beramai-ramai dan ingin merasakan menikmati makanan seperti suasana di rumah akan memilih makan secara berhidang. Bagi yang terburu-buru, ingin cepat atau mengejar waktu, khususnya yang bekerja dan sekadar keluar rehat untuk makan tengah hari, lebih sesuai memilih secara layan diri.
Katanya, restoran dua lot itu turut menyediakan ruang untuk sesiapa yang ingin mengadakan majlis keramaian atau jamuan makan. Pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat itu tidak perlu membayar sewa ruang disediakan, sebaliknya hanya membayar pesanan untuk harga makanan saja...
